Kenangan

Menutup muka dengan kedua-dua belah tangan,
tersenyum seorang diri, pelik dilihat orang,
namun aku sahaja yang tahu,
punca senyuman ini bersinar di wajahku
setiap baris lagu itu, ya lagu itu,
mengingatkan aku tentang kau,
dari senyuman sesaat dua,
hingga kau tersenyum sepanjang bersama,
aku ingat, sumpah aku ingat,
merah di pipi mu tanda malu,
berbalas dengan merah di pipiku tanda segan,
aku ingat semua, jelas sekali tidak pernah pudar.

Boleh tak jika saya simpan kenangan ini sebagai pil gembira saya,
bila saya sedih, susah, serabut, gelisah,
bolehkan, awak?

24 Warna

Buta,ya aku buta..
Aku seorang yang buta warna
bagi aku semuanya hitam dan putih saja,
pelangi? aku tidak tahu apa itu..
Hingga kau hadir,hampir pada ku,
aku mula mengenali warna,dari satu warna ke satu warna,
hingga ke warna yang ke-24,
kau berhenti aku bertanya kenapa?
Kenapa berhenti,lalu dia beritahu lembut ke telingaku..

Aku warna ke-24 itu,ya aku
aku kah warna cintamu..

Silent

kalau angin mampu sampaikan pesan
mahu saja aku tujukan luahan hati ini kepada si dia

kalau hujan mampu mengikut perasaan
pasti saja hari-hari mendatang mendung tak berperasaan

kalau ombak mampu membelah pantai
sudah lama ku biarkan ianya berlaku

ah
aku sudah penat untuk mengejar cinta
aku sudah penat bermain kata-kata
aku sudah penat memujuk hati yang lara

ada baiknya aku diam seketika
melihat dunia tanpa si dia
keseorangan itu sudah biasa
tapi adakah sama tanpa ada dia?

Tika Bayu Mencium Pipi

Angin malam meniup setiap helaian rmbutku.. Terasa hangat walaupun sesekali kurasa kedinginannya cuba menguasai ku... Tapi aku mampu bertahan walaupun payah sekali... Sepi seekor kucing di kaki lima hanya mengharapkan makanan untuk tenaga pada dirinya.. Kini pabila sendirian mula menyelubungi diri setiap hari... Kita cuba Untuk melangkah walaupun tidak berupaya.. Minda terputus tanpa nada.. Hanya sepi mengiringi langkah tanpa kata-kata pujangga.. Tiada kata yang mudah di kecapi untuk sekali terbit dari bibir yang lemah.. Tiada arus yang mudah untuk dibengkok tanpa hati yang tulus.. Persoalan dihati.. "Apa yang kita nanti? ape yang kita cari?" Semua akan terjawab untuk satu hari.. Penderitaan bukanlah satu kebahagiaan jika ia patah tumbuh patah tumbuh setiap hari.. Hati mula berlalu kekiri kekanan mengikuti nada hari-hari sendiri... Pabila minda mula terbuka.. Hati mula tersenyum tanpa sedikit fikiran kesakitan di hari esok.. Tanpa difikir... Hari ini semua yang lepas terapung-apung kembali tanpa tali yang kukuh.. Mata hanya melihat dengan maksud yang sukar.. Hati mula menyepi tanpa sesiapa pun yang mengerti.. Apa maksud dunia pada hari ini...

Buka Mindamu

Kenapa runsing fikiranmu
Kenapa sukar memahami semua itu
Cukup lah perjalanan yang selalu terhenti itu
Kita habis kan nya tanpa ragu-ragu.

Jangan di endahkan suara-suara sumbang
Yang hanya menjatuhkan tapi tidak menyumbang
Jangan disimpan kata-kata busuknya tapi di buang
Teruskan perjalanan yang luas terbentang

Kenapa lemah semangat itu
Kenapa marah kan sesuatu
Kenapa letih untuk semua itu
tapi tidak letih untuk mengadu?

Buka mindamu wahai sahabat
Jangan dibiar perasaan lemah itu dekat
Biarkan perasaan kuat itu melekat
Biar dia tahu, adanya kelebihan tidak terlihat

Jangan di simpan kelebihan
untuk siapa lagi kau hendak perlihatkan
Kongsi bersama semua kelebihan
Biar bersama membina kekuatan

Hitam

hoi ! kau di sana
badut bermuka gembira
sentiasa sama sahaja
dan mereka itu tertawa
kau lah puncanya

tak selalu kau dipuji
tak tertinggal menguji

namun kau masih berdiri
namun adakah mereka kisah ;
kalau kau tak jumpa bayang sendiri ?
dilantakkan kau bersepah
berduka terluka dek cela cinta
terbiar dicampak di kaki rasa
tersedarlah badut berjalan masa
di sisi seorang, bayang pun tiada


tajuk utama
kau harus beri senyuman kepada semua.
muktamad cerita
berdalih tak diterima
meranalah kau dalam gembira

Road

di jalan itu
kau berdiri bersama bayang pilu
seakan berhenti semua yang lalu.
tetapi kau masih boleh maju
cuma kau saja yang menidak mahu

biar kau sendiri
orang berkata kau peduli
penting, kau tak mati
di jalan yang sendiri
apa yang susah ?
jalan saja ke arah sana
berpaut pada yang goyah ?
lepaskan saja agar kau bahagia

mungkin didongengkan cinta dulu
gembira dirasa bila berdua
tapi itu kisah bila minda kau beku
Dia telah beri gembira untuk semua

lihat semesta
lihat semua
apa yang kau ada
itu lah gembira